× -bahasa-

×

view_list1.png Artikel     view_masonry.png Galeri     view_list2.png Video    
×
  • url:
×
×
×
8 0 0 0 0 0
8
   ic_mode_light.png

KELEBIHAN AIR HUJAN

Orang tua dulu-dulu, kalau hujan turun mereka akan menyuruh anak-anak masuk ke dalam rumah takut sakit kepala dan demam. Ya memang sakit kepala, selsema dan kadang-kadang memang demam. Sebenarnya kita tidak tahu kenapa boleh sakit kepala dan demam bila terkena air hujan.

Sebenarnya air hujan adalah air untuk terapi semulajadi yang Allah kurniakan untuk makhluk ciptaannya. Oleh itu jika hujan turun, elok jangan masuk rumah dulu. Mandilah air hujan itu dahulu. Anda mahu tahu kenapa? Sila terus membaca.

?? KENAPA DEMAM BILA KENA AIR HUJAN?

Selalunya ibu bapa melarang anak-anak mereka bermain hujan dikhuatiri demam atau sakit kepala.Ada juga yang akan diserang selsema secara automatik. Sebenarnya pemahaman kita silap.

Jika kita sakit selepas terkena atau mandi air hujan, ianya bukan disebabkan air hujan itu merbahaya tetapi banyak benda kotor di dalam badan kita yang bertindakbalas dengan air hujan tadi.

Air hujan adalah sebagai bahan pencuci untuk menyah segala kotoran termasuk gangguan syaitan. Jika kita sakit yang teruk selepas mandi air hujan, kita perlu membuat rawatan susulan.

?? AIR HUJAN BERFUNGSI SEBAGAI SCANNER PENYAKIT DALAM BADAN

Untuk pengetahuan anda, salah satu cara untuk mengesan segala penyakit dalam badan adalah dengan mandi air hujan. Bukan semua orang mandi akan sakit jika mandi air hujan kerana badannya tiada penyakit atau bebas dari gangguan jin.

?? CARA MANDI AIR HUJAN DENGAN BETUL

1. NIAT

Niat dalam hati mohon pertolongan daripada Allah tujuan kita mandi air hujan. Sebagai contoh, minta Allah keluarkan penyakit dari badan kita atau menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah. Jadikan air hujan sebagai 4pi dan 4sid yang membakar jin dalam tubuh kita).
Jika kita mempunyai anak yang degil atau hyperaktif (5 tahun ke atas), niat mohon dilembutkan hatinya agar mendengar kata. mohon hilangkan segala gangguan syaitan.

2. JANGAN TERUS MANDI JIKA HUJAN
Biarlah hujan turun selama sekurang-kurangnya 10 minit, kemudian barulah kita mandi.

3. JANGAN TADAH AIR HUJAN
Untuk tujuan terapi eloklah mandi dengan air hujan yang turun terus dari langit. Ianya tidak terkena pokok, bumbung atau ditahan dengan baldi atau baldi.

4. JANGAN MANDI HUJAN GERIMIS
Mandilah dengan air hujan yang lebat bukan gerimis.

5. CARA MINUM AIR HUJAN
Tadah air hujan terus dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. Ini juga sebagai satu penawar.

6. BACA SURAH DAN AYAT SUCI
Mulakan mandi sambil baca Al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Lagi bagus jika anda mengingati ayat-ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit. Mandi sambil membaca sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit.

7. TANDA ADA GANGGUAN DALAM BADAN
Jika anda merasa sakit di mana-mana bahagian badan, tepuk-tepuk pada bahagian yang terasa sakit itu. Sekiranya ada rasa mual, cuba muntah untuk keluarkan. Jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit atau jin yang mahu keluar.

8. SENTAL BADAN
Sental badan anda seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit, cara ini pun bagus untuk dilakukan.

9. JANGAN TERUS LAP BADAN
Selesai sahaja mandi, jangan lap badan anda kecuali rambut. Biar air di badan kering sendiri.

10. BUKAN HANYA SEKALI
Jika musim hujan, seeloknya lakukan terapi ini selama sekurang-kurangnya 3 hingga 7 hari berturut-turut.

? PETUA MINUM AIR HUJAN MALAM JUMAAT

Salah satu PETUA yang digunakan dalam ahlul haq budi untuk mengubati pelbagai penyakit.

Khasiat Petua:
• Penawar penyakit jasmani.
• Sebagai Penerang hati.
• Membersihkan segala gangguan bathil dalam tubuh.
• Penolak segala belenggu.

?? Kaedah Pengambilan Air Hujan:

Ambil bekas yang putih (jernih) dan letak di tempat lapang sebagai tadahan untuk air hujan turun masuk terus kedalam bekas tanpa perlu sebarang tapisan atau halangan. Sebaiknya diambil selepas 10 minit hujan turun. Air hujan yang sudah ditadah tadi boleh la terus diminum, disimpan dulu selama 24 jam atau dimasak dulu airnya sebelum minum.

?? Khaifiat Amal Petua (terpulang):

• Al-Fatihah
• Al-Kausar 3x
• Selawat pendek
• Ya Allah yang Maha Pemberi nikmat dan rahmat. Dengan asbab aku minum air hujan ini, Engkau limpahkan la keselamatan serta kesihatan rohani dan jasmani diriku, rezeki luas yang tidak putus, keharmonian dan kebahagiaan hidupku dunia dan akhirat. Makbolkan dan rahmatilah Aku.. Amin.
• Minumlah air hujan tersebut dengan adab.

• Boleh ditambah dengan memberi salam atau hadiahkan Fatehah pada Roh Nabi Khidir as sebagai tanda tawasul dan adab.
• Boleh ditambah dengan bacaan Raja Selawat sebagai niat kerezkian dan kesembuhan.
• Boleh ditambah dengan 3 Qul dan Bismillah 5 sebagai penawar penyakit rohani dan jasmani.

Dalil Al-Quran berkaitan hikmah air hujan:

”Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmatnya (hujan) dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih, agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak. Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil pelajaran (daripadanya); maka kebanyakan manusia itu tidak mau kecuali mengingkari (nikmat)” (Al-Furqaan : 48-50)

“Ingatlah ketika Dia menjadikan kamu mengantuk sebagai ketentraman dari Nya dan Allah menurunkan hujan dari langit kepada kalian untuk menyucikan kalian dengan hujan itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari kalian, juga untuk menguatkan hati kalian dan memperteguh telapak kaki kalian.” (Al-Anfaal: 11)

“Dan Kami turunkan dari langit, air hujan yang diberkahi…”(Qaaf : 9)

Harap-harap di lain kali jika hujan turun, jangan mengeluh. Sebenarnya ada manfaatnya samada bagi diri kita atau orang lain. Bagi orang yang beriman, turunnya hujan ia adalah sebagai rahmat dan rezeki dari Allah. Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam.

❮ sebelumnya
selanjutnya ❯
ArtikelinfoduniaFakta UnikInformasi Menarik
+
<<
login/register to comment
×
  • ic_write_new.png expos
  • ic_share.png rexpos
  • ic_order.png urutan
  • sound.png malsa
  • view_list1.png list
  • ic_mode_light.png light
× rexpos
    ic_posgar2.png tg.png wa.png link.png
  • url:
× urutan
ic_write_new.png ic_share.png ic_order.png sound.png view_masonry.png ic_mode_light.png ic_other.png
+